- Latest
- Read Time: 1 min
Program Santai Teh Tarik Session (TTS) mempunyai lima (5) siri yang dilaksanakan secara online bersama pelajar SBKYTH dan pihak pengurusan YTH. Program TTS adalah merupakan satu anisiatif pengurusan YTH untuk mendapatkan maklumat terkini para pelajar berikutan dengan keadaan negara dalam menghadapi pandemik wabak COVID-19 yang hampir setahun dihadapi.
Disebabkan tiada sebarang program secara fizikal yang boleh dijalankan, TTS adalah merupakan salah satu cara untuk mendekati para pelajar sekaligus dapat mengeratkan hubungan penaja dan pelajar.
TTS bukan hanya sekadar program sembang santai, malahan ianya lebih kepada diskusi berbentuk ilmiah yang santai dan bermanfaat.
Sesi ini terbahagi kepada beberapa slot antaranya perkongsian daripada para pelajar mengenai situasi dan keadaan belajar semasa dalam tempoh COVID-19 sama ada belajar di rumah, universiti mahupun bersama keluarga, keadaan kesihatan diri, gangguan dan cabaran yang dihadapi semasa belajar secara online dan beberapa isu-isu lain yang berbangkit.
Lihat lagi beberapa keping gambar TTS yang lain pada gallery.