Assalamualaikum, Selamat datang ke portal rasmi Yayasan TH


    Jumaat Rejab 17 1440
    Jumaat 22 Mac 2019

    PM lancar Yayasan Tabung Haji

    KUALA LUMPUR 26 Julai, 2016 - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan Yayasan Tabung Haji (Yayasan TH) di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya.

    Objektif penubuhan Yayasan TH tersebut adalah untuk meningkatkan pendidikan dan memberi bantuan ketika bencana alam atau bencana buatan manusia. Fokus utama adalah untuk meningkatkan pembangunan modal insan serta menggalakkan kajian dalam bidang Pendidikan Islam, Perbankan Islam dan Perundangan Syariah, selain mentadbir dana yang diperuntukkan secara lebih sistematik.

    Penubuhan Yayasan tersebut adalah selaras dengan saranan Perdana Menteri agar syarikat swasta, badan korporat dan syarikat milik kerajaan (GLC) memainkan peranan lebih aktif dalam pembangunan serta kesejahteraan rakyat.

    Yayasan TH akan ditadbir secara berasingan oleh Lembaga Pemegang Amanahnya tersendiri. Bagi fasa pertama ini, Lembaga Tabung Haji (TH) memperuntukkan RM5 juta untuk aktiviti pendidikan yang akan dilaksanakan oleh Yayasan TH.

    Pelayar yang disyorkan : Chrome 30+, Firefox 30+, Safari 7+, Internet Explorer 10+
    Laman web ini boleh dilayari menggunakan desktop dan telefon pintar. Sesuai dipaparkan menggunakan resolusi minimum 1366x768.
    Penafian: Yayasan Tabung Haji tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini. Semua maklumat yang dipaparkan adalah benar dan betul pada masa tarikh dan masa diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa.
    Hak Cipta © 2019 Yayasan Tabung Haji