Assalamualaikum, Selamat datang ke portal rasmi Yayasan TH


    Ahad Jamadilawal 15 1440
    Ahad 20 Januari 2019

    Program Ziarah Kasih Ramadan (PZKR)

    Program Ziarah Kasih Ramadan (PZKR) merupakan program pemberian sumbangan kepada asnaf dan masyarakat miskin bersempena dengan bulan Ramadan. Ianya merupakan aktiviti kemasyarakatan yang dijalankan oleh pihak Yayasan TH. Pada masa yang sama PZKR ini dapat memperkenalkan serta mempromosi Yayasan TH kepada orang ramai di seluruh negara.

    Program ini telah berjalan selama 27 hari mulai 28hb Mei 2017, bersamaan 2 Ramadan 1438H sehingga 23hb Jun 2017 bersamaan 27 Ramadhan 1438H melibatkan seramai lebih daripada 90,000 orang di enam puluh dua (62) kawasan terpilih seluruh negara. Setiap kawasan yang terpilih akan diperuntukkan sejumlah RM300,000.00 yang mana sumbangan akan diberikan kepada 1,000 hingga 3,000 orang penerima di kalangan asnaf dan yang kurang berkemampuan.

    Usaha murni yang dilakukan oleh Yayasan TH telah mendapat bantuan dan sokongan daripada pelbagai pihak sama ada agensi kerajaan, syarikat swasta dan badan NGO. Terdapat juga pihak-pihak yang turut memberikan sumbangan dana bagi menjayakan program ziarah kasih Ramadan ini.

    Pelayar yang disyorkan : Chrome 30+, Firefox 30+, Safari 7+, Internet Explorer 10+
    Laman web ini boleh dilayari menggunakan desktop dan telefon pintar. Sesuai dipaparkan menggunakan resolusi minimum 1366x768.
    Penafian: Yayasan Tabung Haji tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini. Semua maklumat yang dipaparkan adalah benar dan betul pada masa tarikh dan masa diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa.
    Hak Cipta © 2019 Yayasan Tabung Haji