Assalamualaikum, Selamat datang ke portal rasmi Yayasan TH


    Ahad Jamadilawal 15 1440
    Ahad 20 Januari 2019

    HAPPY 2 SCHOOL (H2S)

    Objektif program ini adalah bagi meringankan bebanan kos yang ditanggung oleh keluarga yang kurang berkemampuan untuk menyediakan kelengkapan sekolah bagi anak-anak mereka yang akan memulakan sesi persekolahan pada tahun 2018.

    Program ini telah bermula pada musim cuti persekolahan akhir tahun iaitu 25 November 2017 sehingga awal Januari 2018. Seramai hampir 80,000 orang penerima bantuan persekolahan ini di 78 kawasan seluruh Malaysia. Setiap kawasan akan melibatkan seramai 1,000 orang pelajar sekolah rendah bagi menerima sumbangan kelengkapan sekolah tersebut.

    Sumbangan yang diberikan seperti baju kemeja putih, seluar, stokin, kasut dan beg bagi pelajar lelaki. Manakala pelajar perempuan akan menerima baju kurung, kain,  stokin, kasut dan beg sekolah.

    Pelayar yang disyorkan : Chrome 30+, Firefox 30+, Safari 7+, Internet Explorer 10+
    Laman web ini boleh dilayari menggunakan desktop dan telefon pintar. Sesuai dipaparkan menggunakan resolusi minimum 1366x768.
    Penafian: Yayasan Tabung Haji tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini. Semua maklumat yang dipaparkan adalah benar dan betul pada masa tarikh dan masa diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa.
    Hak Cipta © 2019 Yayasan Tabung Haji