Assalamualaikum, Selamat datang ke portal rasmi Yayasan TH


    Ahad Jamadilawal 15 1440
    Ahad 20 Januari 2019

    PROGRAM IQRA' 2018

    Program Iqra’ yang mensasarkan pelajar asnaf seluruh negara ini merupakan antara program tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang dilaksanakan setiap tahun dapat membantu meringankan beban ibu bapa yang kurang berkemampuan dalam menyediakan kelengkapan sekolah anak-anak mereka. Program yang dilaksanakan dalam bulan November ini mengunjurkan pengagihan zakat berjumlah RM3.64 juta kepada 7,280 pelajar sekolah rendah di seluruh negara.

    Pengagihan sumbangan zakat di bawah Program Iqra’ ini bertujuan membolehkan pelajar asnaf dan kurang berkemampuan membuat persediaan bagi menghadapi sesi persekolahan 2019. Sumbangan ini juga sebagai suntikan semangat dan pendorong kepada para pelajar agar lebih berdaya maju dan cemerlang dalam pelajaran, seterusnya meningkatkan taraf sosio ekonomi masing-masing. 

    Yayasan TH berharap sumbangan ini dapat mendorong dan memberi motivasi kepada para pelajar untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik, sekaligus menjadi pemangkin perubahan ke arah meningkatkan taraf sosio ekonomi diri, keluarga, masyarakat dan seterusnya negara. 

    Pelayar yang disyorkan : Chrome 30+, Firefox 30+, Safari 7+, Internet Explorer 10+
    Laman web ini boleh dilayari menggunakan desktop dan telefon pintar. Sesuai dipaparkan menggunakan resolusi minimum 1366x768.
    Penafian: Yayasan Tabung Haji tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini. Semua maklumat yang dipaparkan adalah benar dan betul pada masa tarikh dan masa diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa.
    Hak Cipta © 2019 Yayasan Tabung Haji